Wednesday 30 January 2013

KEPADA AWAK... T,T


Assalamualaikum awak .

Ye . Awak .Encik jodoh saya . Saya mungkin tak kenal awak .Mungkin kita jauh . Mungkin kite pernah berselisih . Mungkin . Segala-galanya mungkin . Tapi awak . Awak jodoh saya . Kadang-kadang saya tertanya-tanya apa yang awak buat sekarang . Mungkin tengah menunggu waktu solat . Alhamdulillah la kalau macam tuh . Saya betul-betul harap awak macam tuh . Semoga awak sihat . Ye . Sihat . Jaga diri awak sebab saya perlukan awak sebagai jodoh saya , ibu bapa awak memerlukan awak sebagai anak mereka .

Awak . Saya bukan lah baik . Saya masih lagi manusia biase yang melakukan dosa . Saya tidak perfect untuk jadi ketua bidadari awak di syurga . Tapi awak . Saya tak boleh mengharapkan Encik Jodoh sempurna . Baik dari segi rupa atau agama . Sebab Allah S,.W.T dah menjanjikan

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur-26

Siapalah saya untuk meminta yang sempurna sedangkan diri ini masih jauh lagi dari kesempurnaan . Awak . Kalau awak la jodoh saya , bimbinglah saya . Tegurlah saya jika saya melakukan kesalahan . Janganlah terus menghukum saya dengan apa yang saya tak lakukan . Awak . Kalau awak encik jodoh saya , saya harap cinta dalam hati ni hanya mekar untuk awak . Rindu dalam hati ni hanya ada untuk awak . Begitu juga dengan awak . Semoga hati awak masih lagi mempunyai tempat untuk saya walaupun sedikit .

Saya mengharapkan hubungan awak dengan keluarga awak baik . Semoga awak dapat menghormati ibu-bapa saya ,keluarga saya , seperti mana awak menghormati ibu bapa awak dan keluarga awak . Semoga awak dapat menjaga saya dan melindungi saya ,seperti awak menjaga diri sendiri dan keluarga .

Encik jodoh . Semoga saya dapat bertemu dengan awak secepat mungkin . Bukan kerana gatal atau apa tapi saya ingin menyelamatkan diri dari godaan syaitan . Saya nak menyelamatkan diri dari zina . Saya nak menyelamatkan diri daripada pengaruh-pengaruh zaman muda ini .

Awak . Saya mengharapkan cinta yang lahir dari hati saya untuk awak dapat menghapuskan cinta-cinta yang pernah hadir dalam hidup saya . saya da xnak sakit lagi...Saya mengharapkan cinta awak untuk saya juga dapat membuang semua cinta-cinta yang pernah wujud dalam hidup awak .

Dear Encik Jodoh ,

Saya mengharapkan kalau tergerak hati awak untuk membaca surat nie , akan ada 1 perasaan halus yang hadir . Saat awak membaca surat ni, semoga ade sedikit rasa bahagia . Awak . Semoga rasa sayang tuh hadir saat awak membaca surat nie . Bimbing la saya untuk menjadi muslimah yang sejati . Bimbing lah saya untuk hanya memandang awak sebagai jodoh, imam, pemilik tulang rusuk,suami, dan sahabat .

Encik Jodoh ,

Saya bukan mahu berkawin cepat kerana desperate . Jauhkanlah rase tuh dari hati awak . Saya cume ingin menjadi yang halal untuk orang yang betul . Saya takut dengan godaan syaitan . Saya takut diri saya hanyut lagi dalam arus duniawi ni lebih dalam .Lebih jauh......Saya takut sekiranya saya hanyut dan terus lemas dalam arus nie dan tak boleh diselamatkan lagi .

Maafkan saya sebab mengarang terlalu panjang untuk awak di saat kita masih belum mengenali sesama sendiri . Maafkan saya jugak sebab meminta terlalu banyak  pada saat belum kita bertemu . Maafkan saya kerana pernah bercinta dengan lelaki yang selain awak .Maafkan saya kerana pernah melunakkan suara untuk lelaki yang selain awak . Maafkan saya kerana pernah merindui orang yang selain awak .Maafkan saya pernah memimpikan lelaki lain untuk menjadi jodoh selain awak .......


Semoga awak berjumpa dengan surat ini . Semoga ade rase yang wujud semasa membaca surat ini . Semoga rase cinta bercambah di hati kita saat kita berjumpa .

Semoga gembira awak di sana, di tempat yang saya tak tahu .


yang ikhlas ,
SAYA


Sunday 27 January 2013

RAHSIA JODOH



Inilah yang sering kali berlegar dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia ini. (macam saya jugak setelah gagal menahankan hubungan 5 tahun lama nya! down sgt down..tp semngat kental..redha... terima hakikat saat di uji mampu mngatasi kekecewaan ni ;) alhamdullilah.....  )


Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita kahwini kelak.( percaya lah..walau belum lalui lagi..tapi PERCAYA LAH YAKIN LAH... ! )


Barangkali ramai yang menyangka bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun kenyataannya adalah tidak.Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.( belajar dari kesilapan lampau... jgn terlalu mnharap takot xjadi... lepas ni insyallah... akan ada pnganti.... nk bercinta mcm dlu..huh penat.. trus nk kawin lau boleh.. ;) moga2 )


Bila sudah punya kekasih hati yang cantik/kacak,jangan terlalu takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang tahu orang yang kita cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik buat kita.

Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah. 

*gambar hiasan *bukan jodoh saya lah!! :) 


maka...

YAKINLAH bahawa ALLAH SEDANG MEMPROSES… MENGGERAKKAN pasangan kita untuk bertemu dengan kita dalam satu suasana yang pasti menjadi ingatan kita buat selama-lamanya. Allah sedang aturkan tidak sesaat awal dan tidak sesaat lewat… TEPAT PADA WAKTUNYA.Tugas kita teruskan memohon pertolongan Allah dengan SABAR dan SOLAT.


Mohon........



 Buangkan hijab keraguan ini, sedarilah Allah setiap saat.. di sana pasti saudara akan berasa yakin pada Allah setiap saat hidup ini. (jgn ragu..yakin lah..dan yakin~! )


doaku....


“Ya Allah, kami mohon kepadaMu ya Allah agar saudara-saudara kami menerima jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Semoga jiwa-jiwa mereka datang kepadaMu dengan benar dan menerima 100% sepenuhnya segala kehendakMu tanpa ada ragu samada yang nyata atau tidak nyata. Terima kasih ya Allah, terima kasih.” 


dan................


Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah. (angan2 ku..insyallah.... moga bakal suami ku beriman...soleh... melampau sgtkah permintaan ni... mampu kah?layak kah... insyallah..berdoa dan berdoa.. amin ;)



Tuesday 8 January 2013

saje2 update,, kata2 semangat ;)



manusia berubah kerana pengalaman...
pengalaman yang menyakitkan mereka..
sama mcm aku juga..berubah kerana pngalaman masa lampau yg sgt mnyakitkan...
tp aku xnah lak nk salahkan masa lampau... malah lebih bersyukur  kerana mampu berubah ke arah kebaikan...
tp kebaikan xdala sempurna.. bak kata org..lebih baik mngaku jahat dari mngaku baik... sbb manusia tu sume x sempurna.... namun aku cube dan cube melengkapi kekurangan trhadap kesempurnaan aku...
dari sini aku beljar erti sabar, pasrah, redha... kuasa tuhan memberi kan aku ujian ..ujian yg sgt mnguji dan pada mula nya aku sendiri rsa xmampu nk tempuhi ujian ni...
namun percaya lah ketentuan takdir itu sgt indah walaupun ada duka di sebalik sume tu... duka itu indah.. duka itu cantik..duka itu bahagia...  ;)
jadi teruskan lah hidup di dunia maya n...laksanakan lah fardhu kiyafah dan fardhu ain..kejar lah ilmu duniawi dan juga dunia akhirat kerana itu menentukan siapa kamu kelak..... ;)
*k lah.... dah pkul bape da... exam..study study... study.... ;)